Ayam Brand™ Raikan Ulang Tahun Ke-125 Dengan Kempen Kebajikan

8:30 AM

Ayam Brand™ yang terkenal dengan rangkaian luas produk makanan dalam tin yang yang sihat, mudah disediakan dan bebas pengawet, hari ini merayakan ulang tahun ke-125 dengan satu inisiatif yang bertema “Kami Prihatin, Kita Adalah Sekeluarga” (“We Care, We Are Family”).

Tahun ini, kempen tersebut akan diperluaskan kepada 60 buah rumah kebajikan di 11 lokasi seluruh Malaysia dan Brunei, dengan membekalkan sejumlah 324,000 makanan sihat demi amalan kebajikan.

Selama lebih sepuluh tahun, kempen kebajikan Ayam Brand™ telah memberikan manfaat kepada hampir 18,000 orang dari 422 persatuan kebajikan dengan membekalkan 1.08 juta makanan sihat!

Kesemua 60 rumah kebajikan tersebut, 57 dari Malaysia dan tiga dari Brunei Darussalam, menerima produk-produk Ayam Brand™ seperti tuna; sardin; mackerel; jagung; kacang pis yang diproses; kacang merah bijian dan dipanggang untuk semua penghuni mereka selama dua bulan. Hampir 1,800 kanak-kanak, golongan kelainan upaya dan warga emas akan mendapat manfaat daripada bantuan bekalan makanan ini.


Sebagai tambahan kepada sumbangan produk makanan yang amat diperlukan ini, program tanggungjawab sosial tahunan ini juga memperkenalkan pelbagai aktiviti baharu setiap tahun untuk merapati, mendidik dan melibatkan kanak-kanak di dalam aktiviti berkenaan bagi menanam tabiat pemakanan sihat dan juga kreativiti dalam diri mereka. Antara aktiviti lalu yang dijalankan untuk golongan kanak-kanak ialah  demonstrasi memasak, pertandingan memasak, bengkel memasak dan pertandingan seni

Kempen pada tahun ini menjadi lebih meriah dan mencabar dengan penganjuran pertandingan masakan Junior Chef Ayam Brand™. Pertandingan masakan yang bertemakan “Kami Prihatin, Kita Adalah Sekeluarga” tersebut memerlukan dua kanak-kanak untuk menyediakan, menghiaskan serta menghidangkan hidangan kegemaran keluarga menggunakan produk-produk Ayam Brand™.


ayam brand, malaysian brand, rumah kebajikan, niat yang murni, sumbangan ikhlas, produk ayam brand, raikan ulang tahun, tuna, ayam, penang, malaysia, tiada MSG,

ayam brand, malaysian brand, rumah kebajikan, niat yang murni, sumbangan ikhlas, produk ayam brand, raikan ulang tahun, tuna, ayam, penang, malaysia, tiada MSG,


Kempen ini selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi obesiti melalui pendidikan dan menggalakkan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang bijak.

Peserta di Perak termasuklah Rumah kebajikan Seri Cahaya, Wisma Anak Kesayangan, House of Hope, The Cerebral Palsy Children’s Association of Penang, Shammah Homes dan Rumah Kanak-kanak Taman Bakti.

ayam brand, malaysian brand, rumah kebajikan, niat yang murni, sumbangan ikhlas, produk ayam brand, raikan ulang tahun, tuna, ayam, penang, malaysia,


Penekanan Ayam Brand™ terhadap produk-produk sardin, tuna dan mackerel dalam sumbangan ini adalah kerana kebanyakan rumah kebajikan kekurangan bekalan Omega-3 yang amat diperlukan. Omega-3 tidak dapat dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh. Ianya amat penting bagi membantu mencegah penyakit jantung koronori; membantu aktiviti saraf yang sihat; memperbaiki penyerapan vitamin; memastikan kesihatan sistem imunisasi serta menggalakkan pertumbuhan sel. Omega 3 juga amat penting dalam perkembangan penglihatan dan otak dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut wakil Ayam Brand™, Nicholas Nyeow, jenama berkenaan amat teruja untuk menyambut ulang tahun kempen kebajikannya yang ke-10, serentak dengan sambutan ulang tahun ke-125 mereka.

"Ayam Brand™ amat berbangga kerana kempen kebajikan tahunan ini telah mencapai 18,000 orang sejak ia mula diilhamkan sedekad lalu. Kami amat bergembira untuk membekalkan mereka yang memerlukan dengan makanan yang sihat dan berhasiat yang mudah disediakan serta dihidangkan. Melalui sumbangan produk dan penyertaan aktiviti yang diadakan pada setiap pelancaran peringkat daerah, kami percaya kempen kebajikan ini merupakan satu platform yang baik untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat dalam kalangan kanak-kanak melalui kaedah yang tidak dapat dilupakan serta menggembirakan.

"Selepas 125 tahun, Ayam Brand™ memahami sepenuhnya bahawa keluarga penggunanya mahukan makanan sedia dimakan, mudah, enak, tanpa MSG tambahan dan tanpa bahan pengawet. Kami adalah sebahagian daripada keluarga Malaysia dan kami prihatin mengenai kesejahteraan rakyat negara ini. Kami berharap warisan kulinari sihat ini dapat diteruskan oleh generasi baharu melalui kempen kebajikan ini seperti mana yang digambarkan dalam temanya iaitu “Kami Prihatin, Kita Adalah Sekeluarga”," tambah Nicholas.

"Kami telah memutuskan untuk membawakan pertandingan masakan pada tahun ini kerana ia merupakan platform yang paling sesuai untuk mengukuhkan semangat kebersamaan antara ahli-ahli pasukan dalam kalangan rumah-rumah kebajikan, selain menanamkan tabiat pemakanan sihat. Pertandingan masakan ini juga menggalakkan kemahiran berdikari dan keyakinan diri," jelas Nicholas.

Keadaan ekonomi semasa telah menyebabkan rumah-rumah kebajikan mengalami kekurangan bekalan kerana sumbangan daripada koporat dan individu telah menyusut. Sokongan berterusan Ayam Brand™ ini tepat pada masanya.

Anna Wong dari House of Hope Penang, yang bercakap bagi pihak semua rumah-rumah penerima di Pulau Pinang berkata sumbangan daripada Ayam Brand™ amat berharga kerana ia mempelbagaikan diet harian penghuni dan produk-produk berkenaan amat pantas dan mudah untuk disediakan.

"Derma dan sumbangan tidak sebanyak tahun lepas dan ini menjadikan sumbangan Ayam Brand™ penyelamat kepada kami. Seperti kami, kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini amat menggemari produk-produk Ayam Brand™ kerana ia menyihatkan dan mudah disediakan. Anak-anak menikmati produk Ayam Brand ™ seperti yang kita lakukan kerana ia sihat dan selesa. Mereka telah menikmati pertandingan memasak ini dengan hebat," cik Wong. 

"Kanak-kanak ini amat menyukai ikan tuna! Kami juga berasa amat gembira kerana dapat menyediakan pemakanan yang sihat disamping makanan harian kami. Terima kasih Ayam Brand! " tambah cik Wong.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila lawati laman web atau pautan www.ayambrand.com.my atau  https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


ayam brand, malaysian brand, rumah kebajikan, niat yang murni, sumbangan ikhlas, produk ayam brand, raikan ulang tahun, tuna, ayam, penang, malaysia,

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored