MOVIE REVIEW .:. DUNKIRK 2017

10:19 AM

Terjebak !! Itu yang boleh MZ cakapkan..

Assalamualaikum. Holla ~

Movie Dunkirk ni dah berzaman dah ditayangkan, baru hari ni MZ nak review kan. Itu belum movie Pirate of the Carribean, Fast 8 dan bebaru ni Hitman's bodyguard. Bertabahlah seorang Zafirah nak meningati balik jalan cerita movie tersebut, sapa suruh bertangguh kan. Nah !! Hamekkk...

Akan terpandangkan poster seumpama movie aksi yang sangat hebat, MZ dan FH terpengaruh, dan terus membeli tiket tanpa membuat usul periksa tentang Dunkirk.

Jalan cerita Dunkirk pada mulanya, agak menarik bagi MZ. Sekumpulan askar yang sedang mencari perlindungan, diserang oleh musuh, hanya yang bernasib baik sahaja dapat meneruskan hidup. Latar belakang dan warna dalam movie tu seolah-olah membawa MZ kembali ke zaman tersebut.


Dunkirk ni berkisarkan peperangan antara Perancis dan German. Kebanyakkan bangunan adalah hasil tinggalan bom bersepai.


dunkirk, movie, france versus german, war, 2017 movie, free movie 2017, sinopsis, synopsis of dunkirk, review dunkirk, dunkirk review


Dunkirk mempunai dua cerita yang berasingan tetapi kedua-duanya melibatkan peperangan itu. Yang pertama, tentang 3 sahabat yang mengenali satu sama lain ketika usaha untuk menyelamatkan diri dan keduanya semangat patriotik seorang warga emas dan seorang anak muda yang kurang upaya dalam mempertahankan negara sendiri walaupun tanpa alatan yang canggih.


dunkirk, movie, france versus german, war, 2017 movie, free movie 2017, sinopsis, synopsis of dunkirk, review dunkirk, dunkirk review

dunkirk, movie, france versus german, war, 2017 movie, free movie 2017, sinopsis, synopsis of dunkirk, review dunkirk, dunkirk review

Semua gambar adalah ihsan Google

Warga emas yang patriotik telah berjaya menyelamatkan pejuang yang menaiki jet pejuang yang terhempas ke tengah lautan dan pejuang tersebut berasa trauma untuk kembali ke medan perang. Adakah warga emas yang berjiwa patriotik tu akan kembali ke destinasi asal atau pun meneruskan perjalanan ke medan perang ? Bagaimana dengan nasib anak muda yang kurang upaya tetapi berjiwa patriotik tu ?

Macam mana dengan nasib 3 sahabat ? Mampukah mereka bertiga menyelamatkan diri dengan menaiki kapal penyelamat ? Bagaimana dengan nasib askar lain ?

Bagi MZ, jalan cerita Dunkirk agak mendebarkan, dengan emosi dan aksi yang ditampilkan. Perjalanan  sahabat dalam usaha menaiki kapal penyelamat, usaha warga emas bersifat patriotik tu pun menarik minat MZ.

Malangnya, penutup cerita Dunkirk ni, macam hampeh ! Tak best langsung, bukan ending yang diharapkan oleh semua orang. Pendek kata, penutup cerita Dunkirk ni seolah-olah mengambil jalan pintas untuk menamatkan movie ini. Not good ! 

Mungkin penerbit boleh memperbaiki penutup cerita kepada jalan cerita yang lagi gempak, macam permulaan cerita.... kan... mesti lagi menarik... 

Till then. See ya ~~

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored