MOVIE REVIEW .:. KINGSMAN, THE GOLDEN CIRCLE

12:30 PM

*antara movie yang MZ tunggu dari awal tahun*

Assalamualaikum. Holla ~

Benornye, MZ boleh terikut cerita Kingsman The Secret Service dulu pun secara tidak sengaja apabila menontonnya di Astro. Semenjak itu, memang suka dengan cerita Kingsman ni, jalan cerita dia, teknologi dia, memang MZ sukalah. Sebab tu, MZ memang tak saba gila tunggu Kingsman The Golden Circle ni.

Sapa yang tak tengok cerita Kingsman The Secret Service ni dulu, tadak hal lah. Hampa still boleh tengok Kingsman The Golden Circle, cuma adalah sikit tanda tanya tu kan. Tak banyak pun. Kingsman The Secret Service memang MZ tadak review kat blog, hampa Google lah sendiri naa...

Sebelum MZ bagi komen pasal Kingsman The Golden Circle ni, ni ada sikit sinopsis Kingsman The Golden Circle, tapi version copy punya...


Image result for kingsman the golden circle

Setahun berlalu semenjak Eggsy Unwin dan organisasi rahsia Kingsman menyelamatkan dunia dari siaran gelombang neurologi Richmond Valentine. Semasa pulang ke rumah, dia diserang hendap oleh Charlie Hesketh, seorang bekas pelatih Kingsman yang kehilangan lengan dan pita suaranya semasa kejadian Valentine. Eggsy cuba untuk menyelamatkan diri dari Charlie.


Image result for kingsman the golden circle

Sebagai satu-satunya ejen yang masih hidup, Eggsy dan Merlin mengikuti protokol Doomsday, yang membawa mereka kepada Stateman, sebuah organisasi rahsia Amerika yang menyamar sebagai penyulingan wiski Bourbon di Kentucky. Di sana, mereka mendapati bahawa Harry selamat dari tembakan Valentine setahun yang lalu, tetapi mengalami amnesia. Eggsy dan Merlin diberi taklimat oleh kepala negara Champagne tentang organisasi pengganas rahsia yang disebut The Golden Circle. Mereka memulakan misi mereka dengan mengikuti bekas teman wanita Charlie Clara Von Gluckfberg. Apabila agen Ekuin Tequila mengalami ruam biru, dia digantikan oleh agen Whiskey sebagai rakan Eggsy. Di Festival Glastonbury, Eggsy berjaya menanam peranti penjejakan di dalam Clara, tetapi penyataannya terhadap misi Princess Tilde menimbulkan hubungan mereka. Selepas beberapa cubaan gagal untuk menyembuhkan amnesia Harry, Eggsy mencetuskan kenangan Harry dengan mengancam untuk menembak seorang Yorkshire Terrier yang menyerupai anjing akhir Harry.


kingsman the secret service, kingsman the golden circle, filem aksi, action movie 2017, review filem kingsman, seronok tak, cerita penuh emosi, eggsy, hero kingsman, hero hensem, trailer movie,

Seterusnya, MZ malas dah nak copy and bagi sinopsis penuh, tu style MZ. Memang tak dapatlah sinopsis penuh. Apa yang MZ nak komen pasal Kingsman The Golden Circle ni, adalah pendapat MZ, tak kisahlah pendapat orang lain macam mana kan, sebab kita bukannya sama pun.

Kingsman The Golden Circle masih penuh dengan aksi, namun terlalu banyak bermain dengan emosi. Sampai MZ tak tau nak sedih ka dak, sebab mati, lepas tu hidup, dah macam cerita hidustan dah. Untuk aksi, memang tak terkatalah kan. Ending Kingsman The Golden Circle ni pun MZ tak kenan. Ending dia lebih kurang macam orang malas dah nak buat cerita, janji siap. Adeh ! Nasiblah ada Eggsy yang hensem sebagai penyelamat keadaan.

Kalau tanya MZ, patut tengok ke tak, apa yang boleh MZ katakan, sekadar nak tengok tu bolehlah, tapi jangan pun high expectation sangat naa.. Satgi kecundanggg...

You Might Also Like

3 comments

  1. ramai yg review cakap best...Sally tak sempat lagi nak g tgk...walaupun kat Korea ni ada je tayang jugak tapi haishhhh...masa takde!

    ReplyDelete
  2. X tengok lagi. Esok lah. Banyak wishlist ni

    ReplyDelete
  3. Yang first pun tak berjaya tengok.. Yang second ni aritu cadang nak tengok lepas tengok Tombiruo tapi tayangan malam je ada.. Sedih..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored