REVIEW SPICY SAWADEE KFC

10:12 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Riuh sekarang pasal makanan ala Thai. Habis semua jenis makanan nak buat ala Thai, termasuklah ayam kepci (baca jugak sebagai KFC). Mungkin ada yang dah merasai sendiri ayam ala Thai keluaran KFC ni, mungkin jugak ada yang belum. Ayam ala Thai ini jugak dikenali sebagai Spicy Sawadee..

MZ rasa, dedulu kepci dah pernah mengeluarkan ayam seumpama ini, dan pada masa dan waktu tersebut, ianya bukanlah kegemaran tekak dan perut comel MZ. Dan disebabkan ianya kembali viral, MZ teringin pulaklah nak rasa untuk yang kesekian kalinya. *jenis mudah terpengaruh dengan iklan*

Tanam dalam hati, nak jugak rasa Spicy Sawadee ni. So, tak lain tak bukan, Mr. F lah jadi mangsa untuk teman MZ yang telah menjadi mangsa kerakusan iklan. Memandangkan dah agak lewat, cuma KFC Jalan Baru sahaja KFC yang berhampiran dengan MZ yang beroperasi selama 24 jam. Maka, kesanalah kita...
Macam biasalah, kalau dah itu tumpuannya, memang lah beratur pun panjang.. bertabahlah ye..

Pada hari kejadian, kami mengambil 5 ketul ayam, 2 ketul untuk MZ dan 3 ketul lagi untuk Mr. F. *dalam hati cakap ni mesti tak habis, mamat ni bukan jenis makan banyak*

So, cari port untuk memarkir bontot, kemudian dengan rakusnya, terus tarik kulit Spicy Sawadee sebab dah tak sabaq sangat dah, tu yang dia bogel sikit tu.. maaf ! T_T


kfc, ayam ala thai spicy sawadee, sedap tak rasa ayam baru kfc, pedas tak spicy sawadee, kfc jalan baru, kfc 24 jam, kfc terdekat di seberang perai, review ayam kfc, review ayam spicy,


Mata hampa cakap boleh bagi berapa bintang ? Kalau mata MZ, bolehlah dalam 3 bintang. Kenapa 3 bintang ? Sebab dia nampak kurang cruncy daripada ayam spicy biasa, walaupun namanya Spicy Sawadee. Itu pada mata MZ lah, MZ tak sure pulak mata hampa nampak Spicy Sawadee ni macam mana kan.

Pada gigitan manja yang pertama pada kulit Spicy Sawadee tu, da terus padu ke anak tekak, MZ dah mula rasakan yang Spicy Sawadee ni, not my type. Yes ! Memang ada rasa tomyam, tapi MZ tak berapa sukakan rasanya tu. MZ tak boleh nak gambarkan perasaan rasa tu, tapi dia macam ada kesat-kesat which I don't really like it.

Rasa macam ayam yang telah digoreng, kemudian dicelup didalam tepung yang berperisa. Rasa macam ajinamoto pun hado. MZ memang tak berapa suka kalau makanan tu, terasa ajinamoto tu dengan nyaring kuat. Terus rasa potong...

Pedas ? Yes.. Spicy Sawadee memang pedas, cumanya ianya bukan sesuatu yang MZ nak repeat lagi. 

Overall, MZ bagi 2 bintang lah dari 5 bintang. And memang betul, ayam tu tak habis pun kan, so tapaulah bawak balik and bonda tercinta pun tak berapa sukakan Spicy Sawadee ni.

Satu set Spicy Sawadee, 2 ketul ayam berharga lebih kurang RM 16.++ kalau tak silap MZ termasuk dengan air dan coleslaw serta mash potato.

Review ni adalah berdasarka tekak MZ, so maybe tekak hampa lain dari tekak MZ. Kalau hampa nak rasa Spicy Sawadee ni, go ahead, maybe you gonna like it. Kan.... MZ cuma kongsikan apa yang MZ rasa sahaja...

So, till then.. see ya ~~

You Might Also Like

21 comments

  1. Tetiba thai jadi viral, patut buatlah special resepi india sempena deepavali. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. ayam perisa curry, macam best ja.. mungkin KFC boleh try kn

      Delete
    2. Ayam tandori ke

      Ayam masala ke

      Delete
  2. nasib baik Zaf dah review..baru nak try..hahaha..dulu pernah keluar kan sekali perasa mcmni..mmg tak kena kat tekak jugak..so kesimpulannya tak nak try ler..pengaruh zaf..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. betullah.. ayam yang lebih kurang sama kan ? dulu pun tak berapa kena kat tekak, sajalah nak try lagi.. memang tepat, spicy sawadee is not my taste

      Delete
  3. Ramai juga komen yang ayam nie tak sedap.. Sha memang tak rasa lagi sebab harga dia cam tak berbaloi pula beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh.. rasa tak berbaloi beli... tak yah la.. baik makan yang biasa, lagi ump !

      Delete
  4. Tak rasa pun lagi. Kekdahnya memang nak cuba tapi bila kak zaf kata out malas la nak que kat kfc tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. tak payah la rasa.. serius tak rugi...

      Delete
  5. huhu dah try smlm. tak sedap langsung.. KFC kalau buat menu pelik-pelik ni, takyah la try kan. mmg tak sedap huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. almost new things from them tak ngam kan.. aduiduidui

      Delete
  6. belum rasa lagi yang ni..nak cuba jugak la nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. Kalau tak sedap tak berapa minat nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak MZ cakap tak berapa sedap la.. tapi tak tau tekak orang lain

      Delete
  8. belum try lagi.. rasa kalau suami kak ekin tak mau kut sebab ada rasa tomyam.. hahahhaa.. kalau kak ekin memang makan la.. tapi syg diet loni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... seminggu sekali cheat day tak pa, jangan hehari.. hehehe

      Delete
  9. Terima kasih singgah blog maznee. Kalau minat nak tukar tukar bloglist bagitahu ya 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih jugak singgah sini.. okeh.. boleh.. :)

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored