SEMBANG GEGURL .:. WARDAH, DRUG STORE PRODUCT

9:54 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Lama nau rasa tak sembang gegurl kan. Nak kata berhenti membeli tu, idaklah. Maybe sebab sifat M tu menguasai, tu yang tak kongsikan kat sini tu. Aiyayaya...

Dalam 2 minggu lepas, kulit MZ kering disekitar hidung, mulut dan bawah mulut. Naik malu MZ sebabnya, orang boleh tersalah faham dan mengatakan yang ianya ialah taik hidung. Haishh.. dok ingat air kurang, tapi bila minum air banyak pun macam sama sahaja. So, tergerak dalam hati yang MZ kena melakukan sesuatu.

Tau dak, sampaikan kalau pakai foundation atau bedak biasa pun nampak pengelupasan hasil daripada kulit kering tersebut. *nangis kat dalam toilet sensorang*

Target dalam hati, nak singgah Watson, nak cari moisturizer yang kecil saja, memandangkan MZ ni bukan sejenis manusia yang rajin menjaga kulit wajah. I mean, yang memang follow rutin harian, sometimes I do skip some of the things, tu yang MZ malas nak beli yang besaq-besaq, takut tak sempat habis,  moisturizer dah expired. * hohemgeee.. panjang leteran dalam 1 nafas.. terpaksalah banyak koma*
Pusing punya pusing dalam Watson tu, jumpalah product Wardah ni. Antara bebanyak product yang MZ tengok, Wardah ni je yang ada moisturizer yang kecil, yang lain semuanya besaq-besaq, which is not my preferred type. Untuk moisturizer ni, Wardah mengeluarkan 2 jenis tau, satu yang jenis cream dan satu lagi yang jenis gel.

Because curiosity kills a cat not a human, MZ tanyalah adik Watson yang asyik follow MZ tu ja perbezaan untuk gel dan cream. Sorry for my noobness, I just want a clear clarification. So, adik tu ke kaunter untuk mengajukan soalan MZ kepada yang lebih pakar, malangnya adik tu tak follow up dengan MZ tentang persoalan MZ tadi. So, MZ memang tak da jawapan untuk itu.

Sebelum MZ cerita dengan lebih lanjut, ni apa yang MZ grab hari tu dekat Watson.


moisturizer cream, wardah, moisturizer gel, indonesia prodcut, drug store product, watson, cara menghilangkan kulit kering dan mengelupas, aloe vera gel wardah, aloe vera cream wardah, aloe vera yang sesuai untuk kulit kering, kulit bermasalah, harga yang berpatutan, mengelakkan kulit kering, cuaca panas, hidrasi, hydration,


Dan hari ni, MZ hanya nak kongsikan pasal moisturizer dari Wardah sahaja dulu, yang lain bakal menyusul.

Pada hari kejadian, MZ amek yang jenis cream, Wardah hydrating moisturizer cream. By the way, untuk pengetahuan, Wardah ini ialah produk dari negara jiran kita, Indonesia. 


moisturizer cream, wardah, moisturizer gel, indonesia prodcut, drug store product, watson, cara menghilangkan kulit kering dan mengelupas, aloe vera gel wardah, aloe vera cream wardah, aloe vera yang sesuai untuk kulit kering, kulit bermasalah, harga yang berpatutan, mengelakkan kulit kering, cuaca panas, hidrasi, hydration,

moisturizer cream, wardah, moisturizer gel, indonesia prodcut, drug store product, watson, cara menghilangkan kulit kering dan mengelupas, aloe vera gel wardah, aloe vera cream wardah, aloe vera yang sesuai untuk kulit kering, kulit bermasalah, harga yang berpatutan, mengelakkan kulit kering, cuaca panas, hidrasi, hydration,


Haaaa.. begitulah rupanya. Tube bersaiz 40ml ni berharga lebih kurang belasan ringgit, tapi tak ingat pulak harga yang betul. Boleh check dekat Watson yang berhampiran ye. 

MZ memang tak amek gambaq MZ masa kulit MZ tengah teruk tu, terlupa sebab excited nak mencuba. Malam tu beli, malam tu terus guna. Alhamdulillah, esok pagi bangun, tengok kulit yang mengelupas tu dah kurang banyak. Jadi, lepas mandi tu, sebelum ke kerja, MZ guna lagi. Tak sampai seminggu, lebih tepat lagi dalam 4 atau 5 hari, kulit kering dan mengelupas terus hilang.

Maunya tak sukaaa.... Wardah ni memang sesuailah untuk MZ. Walapun kulit kering dan megelupas tu dah kurang, kadang-kadang MZ masih menggunakan Wardah moisturizer cream ni, dan adalah 2, 3 kali MZ sapukan moisturizer cream ni pada leher MZ.

Tapi, malangnya, Wardah moisturizer cream ni tak sesuai apabila diletakkan pada leher MZ. Pada hari pertama MZ meletakkan moisturizer cream pada leher, MZ rasa gatal-gatal. Pada hari kedua pun sama, gatal-gatal, bila garu naik merah-merah, tapi tak lama lepas tu, ianya terus hilang. Pada kali ketiga penggunaan di leher, gatalnya makin berlarutan, apabila MZ garu, dia naik bintat macam nyamuk gigit. Sejak dari itu, MZ hentikan penggunaan moisturizer cream Wardah pada leher mahupun pada muka. Yelah, muka dah sihat, tak payahlah guna lagi.

Sekarang, usaha MZ untuk menghilangkan bintat pada leher tu pulak. Bintat tu hanya jadi pada kawasan yang MZ sapukan moisturizer cream tu sahaja, jadi MZ memang yakin kejadian gatal-gatal tu adalah tindak balas dari moisturizer cream Wardah bersama peluh dan mungkin jugak bersama rantai emas yang MZ pakai. Terus MZ bukak untuk sementara ini.

Untuk muka yang mengalami masalah kulit kering dan pengelupasan, MZ memang sarankan hampa try Wardah moisturizer cream ni, memang berkesan, dengan kehendakNya. Tapi, jangan gunakan pada leher, ianya mungkin menyebabkan iritasi. 

Pada MZ, dengan harga yang sedemikian, moisturizer cream dari Wardah ni memang berbaloi berserta dengan kesan yang pantas. Dengan tube yang kecil, boleh dimasukkan ke dalam handbag, hampa boleh buat spare walau kemana pun hampa pi.

Till then. Wish me luck dalam proses untuk menghilangkan bintat tersebut. Untuk review seterusnya, tunggu entri seterusnya...

You Might Also Like

8 comments

  1. time muda ni kena jaga kulit MZ oi..akak kalau sehari tak pakai moisturizer, rasa macam tak mandi.haha.good review by the way. budak promoter tu pun satu, kalau tak cukup ilmu di dada, jangan dok follow orang ok.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ye ke kak ? adeh.. MZ ingat malas menaip je, serba serbi malas.. baik.. akan ku tukar rutin harian...

      tu lah.. dah dok ikut sangat, sajalah nak test.. cehhh ! sampai sudah tak dapat jawapan...

      Delete
  2. cream tu biasanya utk kulit kering...
    n gel for those yg kulit oily
    normally mcm tu la cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh.. ye ka ? kalau kulit combination tu macam mana pulak ?

      Delete
  3. bila kulit menggelupas, mmg menyakitkan hati kalau pakai bedak.. zizie pun kulit menggelupas sbb sunburn.. huhu.. nasib baik tak ketara

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sis zafirah. Maznee dah masukkan blog zafirah dalam BL

    Terima kasih sudi tukar tukar bloglist.

    Semoga sama sama dapat manfaat
    Komen ni tak payah publish. :) Delete je sis

    ReplyDelete
  5. Nama produk tu memang drug store ya sis

    Hmmm

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored