SEMBANG GEGURL .:. WARDAH HYDRATING ALOE VERA GEL

9:55 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Sambungan cerita hari tu, boleh stalk kat sini, Sembang Gegurl .:. Wardah Drug Store Product.

Saja nak tepek balik apa yang MZ beli hari tu kat Watson. So, kali ni MZ nak review pasal Wardah Hydrating Aloe Vera Gel pulak hokey. 

Hajat hati hari tu nak beli moisturizer ja, tapi masa kat dalam Watson tu berbelah bahagi, nak beli aloe vera gel ni ke moisturizer cream tu. Angkat letak, angkat letak, last sekali dengan perasaan tamak haloba, dedua MZ hangkut. Nasiblah harga dia bukan jenis kapak kepala orang, bolehlah MZ hangkut kedua-duanya sekali.
Selain boleh digunakan dimuka, MZ nak guna aloe vera gel ni jugak dibahagian badan yang lain yang sering mengalami masalah kulit kering. MZ kalau kulit kering, mesti gatal, bila dah gatal, mesti nak garu, bila dah garu, mesti bersungguh-sungguh, bila dah bersungguh-sungguh, mahunya luka. Maka dengan itu, parut pun terhasil. Penat dah MZ hilangkan parut-parut tu semua, tapi acapkali jugak jari jemari ini gigih menggaru, dahh.. bila nak hilang parut tersebut. Haihhh..


moisturizer cream, wardah, moisturizer gel, indonesia prodcut, drug store product, watson, cara menghilangkan kulit kering dan mengelupas, aloe vera gel wardah, aloe vera cream wardah, aloe vera yang sesuai untuk kulit kering, kulit bermasalah, harga yang berpatutan, mengelakkan kulit kering, cuaca panas, hidrasi, hydration,


Ish ! MZ nak mintak maaf sesiap la sebab memang tak ingat harganya, tapi lebih kurang bawah RM15 untuk tube 100ml ni.

Wardah claim yang aloe vera gel derang ni mengandungi aloe vera extract dan 3 kali ganda kelembapan. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit kering, tu lah yang membuatkan MZ terpengaruh. Muhahaha..


moisturizer cream, wardah, moisturizer gel, indonesia prodcut, drug store product, watson, cara menghilangkan kulit kering dan mengelupas, aloe vera gel wardah, aloe vera cream wardah, aloe vera yang sesuai untuk kulit kering, kulit bermasalah, harga yang berpatutan, mengelakkan kulit kering, cuaca panas, hidrasi, hydration,

moisturizer cream, wardah, moisturizer gel, indonesia prodcut, drug store product, watson, cara menghilangkan kulit kering dan mengelupas, aloe vera gel wardah, aloe vera cream wardah, aloe vera yang sesuai untuk kulit kering, kulit bermasalah, harga yang berpatutan, mengelakkan kulit kering, cuaca panas, hidrasi, hydration,


Ini tube terakhir kat Watson tu, TERPAKSAlah MZ ambil jugak. Nama pun aloe vera gel kan, memang ianya mempunyai komposisi gel yang berwarna cerah aka jernih. Nak kata bau wangi tu, tidaklah jugak. Bau natural lah.. wangi sangat pun tak elok jugak, sebab ada banyak bahan kimia. So, kalau tak berbau tu, kuranglah bahan kimianya kan. Ahaks !

Selepas penggunaan Wardah Hydrating Aloe Vera Gel untuk beberapa kali, memang MZ dapat rasakan kelembapan pada kulit. Tapi, kelembapannya hanyalah sementara, kalau nak lembap sentiasa, kenalah selalu menggunakannya.

Tapi, MZ memang nampak perubahan pada kulit MZ, dah tak nampak sangat rekahan kering tu. Alhamdulillah.. suka rasa hati.. sampai sekarang, MZ masih menggunakan Wardah Hydrating Aloe Vera Gel ni, terutamanya selepas mandi dan sebelum tidur. 

So far, MZ memang recommend Wardah Hydrating Aloe Vera Gel ni untuk yang mengalami masalah kulit kering. Kita cuma ikhtiarkan, kalau serasi dengan kulit, in sha allah.. bertambah baiklah ia, kalau tidak, sila hentikan penggunaan dan consult doctor. Kalau malas, hentikan penggunaannya dan rehat untuk sementara.

Till then.. See ya ~

You Might Also Like

7 comments

  1. yg ada kandungan aloe veraa mmg eok utk kulit kering..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah pagi jumaat :)
    best klu ade aloe veraa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you singgah sini Nieyl.. lama tak jengah sini kan...

      haah... aloe vera memang best, menyejukkan...

      Delete
  3. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/review-shopping-di-website-sgshop.html

    ReplyDelete
  4. takpernah jumpa pun kat watson haha ke takbelek belek entahlah :p aloevera memang best, sha rasa dia penyelamat sha haha

    https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored