ROAD TO HALAL PART 1 - ALHAMDULILLAH

10:09 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Lama dah rasanya MZ tak membebel kat sini. Bagi chance lah MZ nak membebel plus kongsikan apa yang MZ simpan selama ni, maybe gegurl BMFA pun tak tau pasal ni, dak-dak BMFA pun tak tau pasal ni. Siapa BMFA ? BMFA to nama course MZ masa ngaji kat UTEM dulu, Bachelor in Manufacturing (Automation and Robotics) Hons.

MZ bukanlah nak bukak pekung didada, bukan jugak nak tayang kebahagian, cumanya MZ nak kongsikan rise and shine MZ setelah MZ knock down and not even get up for several years. Girls (guys pun boleh baca and ameklah buat panduan) yang "broke down" and sedang merasai apa yang MZ bakal cerita ni, ini untuk hampa. Moga jiwa hampa kembali tenang dan pulih seperti sedia kala.

"There's always a rainbow behind dark storm". 

Yeah ! MZ suka guna dark storm instead of rain. Sebab bagi MZ, masa tu memang kelam, gelap, gulita, segalanya yang hampa nak describe. As you wish.. kira macam zaman Renaissance pun hado jugak.. kuikuikui

cara untuk kurus, mengurangkan berat badan dengan cepat, heart broken, putus cinta, merawat hati yang duka, tips putus cinta, road to halal, there's always a rainbow behind dark storm, Allah sengaja temukan kit dengan orang yang salah, cara mendekatkan diri dengan Allah, cara mengatasi rasa frust bercinta, kalau dia bukan jodohku, pada usia berapa patutnya berkahwin, kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah, cinta mati, cinta yang abadi,



Upsss... sebelum tu, to my husband, Encik Hazwan, you might not know the full story before cause I'm not wiling to share at the moment, but now, I guess I'm ready, but you may not listen directly from my mouth cause I may not be that strong, but I want you to know, that you are my everything, now and here after. In sha allah.... Doa untuk kami hokey... *wink wink*

MZ tak mau cerita banyak pasal the previous one, apa yang boleh MZ cakap we end up sebab tak dak jodoh. And I prayed for "his" happiness.

After that day, MZ ingat MZ kuat untuk berdiri atas kaki sendiri, rupanya MZ silap. Berbaki lagi satu tahun untuk menghabiskan degree, dan hehari akan menghadap muka orang yang sama, Allah je yang tahu. Susah ! Perit ! Yes ! Orang yang dulu kau pandang penuh makna, kini semuanya sepi. Kau mampu ?

MZ cuba lari dari kenyataan, cuba sibukkan hidup MZ dengan rutin harian supaya semua orang tak tahu apa yang MZ tengah lalui, apa yang MZ sedang berperang. Tapi, dalam ramai-ramai mestilah akan ada jugak yang perasan, nak pulak cucu Tok Moh, ye dak Nad..


cara untuk kurus, mengurangkan berat badan dengan cepat, heart broken, putus cinta, merawat hati yang duka, tips putus cinta, road to halal, there's always a rainbow behind dark storm, Allah sengaja temukan kit dengan orang yang salah, cara mendekatkan diri dengan Allah, cara mengatasi rasa frust bercinta, kalau dia bukan jodohku, pada usia berapa patutnya berkahwin, kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah, cinta mati, cinta yang abadi,  


Dalam usaha berperang dengan perasaan sendiri, dengan final year, MZ selalu cari quotes yang boleh membangkitkan semangat MZ. Iyaa.. bangkitlah sekejap, lepas tu.. Allahuuu... memanglah Dia yang paling tau apa yang MZ rasa.

Alhamdulillah... masa MZ sedang melalui semua itu, MZ pilih untuk dekatkan diri dengan Dia. Yang tu yang paling MZ rasa sangat bersyukur, diam tak diam, MZ sedar kenapa itu jalan yang MZ kena lalui. Mungkin Dia nak MZ balik dekat Dia, mungkin MZ dah lalai atau jauh dari Dia sebelum ni.

Pun begitu, bukanlah amek masa yang sekejap untuk MZ betul-betul pulih dari semangat yang hilang, masakan tidak.. kalau iya, tak daklah entri ini MZ buat part by part. Hahahaha...

Time tu, MZ memang susah gila nak tidur, kadang tidur pun terjaga-terjaga.. badan pun susut, makan pun tak lalu. MZ memang sejenis manusia, kalau ada masalah yang menggangu jiwa dan raga, *eceh!* memang tak lalu makan. Bila dah tidur, rasa tak mau bangun, sebab bila bangun, macam The Flash semuanya masuk dalam kepala otak. Bila kembali ke alam nyata, semua perasaan bercampur baur.

MZ pernah call FL. FL tanya khabar semua, and end up MZ ceritakan pasal ni. First time kot dalam hidup MZ, MZ cerita seumpama ini dan hujan bagai nak rak, package banjir semua hado. Haishh ! Kuatkan panahan cinta. Masa tu baru MZ sedar kenapa ada yang sanggup mencabut nyawa sendiri demi kerana cinta. Ada la jugak cerita lain yang sadis bila sebut bab cinta ni kan. Baru ku tahuuuuu ~ Tapi, tu lah.. MZ rasa sangat bersyukur, sebab MZ pilih, dan Dia pilih MZ untuk kembali padaNya.

Kerana mulut badan binasa, betullah pepatah Melayu tu. Masa-masa kecederaan macam tu lah, MZ sedar banyak kelemahan MZ. Masa tu jugaklah MZ banyak muhasabah diri MZ, andai ada jodoh lagi untuk aku, aku tak nak jadi macam ni, macam ni, macam ni.... Teruk, teruk, teruk.. bila fikir balik apa yang MZ dah buat, tak sangka dia sanggup bersabar dengan seorang Zafirah yang perangai teruk tahap tenuk. Cumanya, seorang Zafirah yang terlampau ikutkan perasaan syaitan tak sedar betapa bertuahnya dia masa tu.

Dah rasa macam boleh buat cerpen dah ni dalam satu entri ni. Hahahaha... Yelah ! Hampa hadam lah dulu setakat ni, nanti MZ sambung lagi.. entri lepas ni, rainbow tak muncul lagi hokey. Dark storm ni makan masa yang lama. Silalah bertabah macam seorang Zafirah jugak.. hahahahaha

You Might Also Like

4 comments

  1. yaya..i fell u.. 1st love mmg paling susah untuk kita move on..tapi hati kena kental..sebab Allah tau apa yang terbaik utk kita..orang itu bukan jodoh kita sebab Allah tahu kita patut dapat yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih baik drp orang ituuu..now zaf dah jumpa kan.. im so happy for u~

    ReplyDelete
  2. Putus cinta memang pedih Firah, moga cerita ni jadi inspirasi kepada orang lain. Apa pun, selamat pengantin baru. moga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah gantikan dengan cinta yang lebih baik dan terbaik

    Cinta ilahi

    CInta manusia selalu mengecewakan

    Hakikat hati yang berbolak balik

    Ya muqollibal kulub

    Sabbit kulubana ala dinika ya Allah

    Wahai Allah yang membolak balikkan hati

    Tetapkan kami dalam agama mu

    Amin

    ReplyDelete
  4. sementra nk jmpa org yg betul kan. huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored