SEMBANG GEGURL .:. AURA LENS TETAP DI HATI - AIGNER BROWN

10:55 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Cerita pasal contact lens ni, MZ bukanlah sesaja tau nak pakai contact lens ni. Kalau tak rabun, tak nak lah MZ pakai. Dah lah nak beli kena pakai duit, nak kena beli solution dia lagi, nak kena jaga and cuci dia lagi dan yang paling penting, mata kita kan.

Tapi dah disebabkan rabun, dan nak jugak melawa tanpa spec, terpaksalah hadap faktor-faktor diatas. MZ memang cerewat dalam pemilihan kanta lekap ni. Yelah ! Mata MZ, walaupun rabun, ada sepasang ni je tau. Dok survey-survey tak jumpa lagi orang dok jual mata dalam Shopee, Lazada, etc.

MZ ada cerita dalam entri dedolu pasal kriteria pemilihan kanta lekap untuk MZ. Boleh jengah kat SINI hokey.

So, macam biasa, sebelum membeli, MZ akan pastikan kriteria yang MZ nak tu, terdapat didalam kanta lekap tersebut. Kebetulan hari tu MZ singgah Orked kat Perda, niat asal nak cari shawl, shawl tak dapat, kanta lekap pulak yang masuk handbag.

Untuk power MZ, sudah tidak banyak variasi color. Pun begitu, MZ memang berkehendakkan warna yang seakan-akan warna anak mata MZ, yakni brown. Dan disebabkan itu, MZ memilih warna Aigner Brown.

aura lens kanta lekap, contact lens yang selesa, lembut, harga kanta lekap, orked perda, butik kafe, vendor butik, aigner brown, ciri-ciri pemilihan kanta lekap, kanta lekap yang sesuai dengan anak mata, cara penjagaan kanta lekap, expired date kanta lekap

Hampa nak tau dak apa yang MZ rasa masa menggunakan Aura Lens ni di mata MZ. OMG ! Sedap sangat ! Selesa ! Serius tak rasa macam pakai apa-apa. Macam tiada langsung objek dimata MZ sehinggakan kadang MZ terlupa yang MZ sedang menggunakan kanta lekap Aura Lens ni. Jatuh cinta yakmat !

Dengan warnanya yang seakan-akan warna mata yang original, ramai yang tertipu dengannya. MZ pakai pi kerja, ramai operator bertanya mengenainya. Derang ingat tu memang warna asli anak mata MZ. MZ iya kan saja.. hehehehe...

Sekotak kanta lekap Aura Lens ni berharga RM 60, dan didalam kotak tersebut ada item seperti dibawah...

aura lens kanta lekap, contact lens yang selesa, lembut, harga kanta lekap, orked perda, butik kafe, vendor butik, aigner brown, ciri-ciri pemilihan kanta lekap, kanta lekap yang sesuai dengan anak mata, cara penjagaan kanta lekap, expired date kanta lekap

aura lens kanta lekap, contact lens yang selesa, lembut, harga kanta lekap, orked perda, butik kafe, vendor butik, aigner brown, ciri-ciri pemilihan kanta lekap, kanta lekap yang sesuai dengan anak mata, cara penjagaan kanta lekap, expired date kanta lekap

Best kan dapat kit dia sekali. First time MZ beli kanta lekap, dapat complete set macam tu. Tapi.. sayangnya, sebelah daripada kanta lekap MZ tu hilang, dan tidak dapat dikenal pasti kemana hilangnya. Yang lagi best, hilang selepas MZ memakainya. MZ sendiri confuse macam mana boleh hilang.

Puas MZ cari, tapi tidak jugak ditemui. Malas MZ nak ceritakan pada Mr.H, dia memang tak suka MZ menggunakan kanta lekap. Padanya, MZ berkaca maca lagi comel. Eceh ! 

Sampai sekarang, MZ masih menyimpan kit tersebut berserta dengan pasangan kanta lekap tu dengan harapan MZ akan temui kembali Mr Right nya. Tapi, harapan tinggal harapan.. Masakan tidak, MZ baru sahaja menggunakannya tidak sampai seminggu, dia sudah lari bersama kekasih baharu.

Ku pinang-pinang tak dapat-dapat.
Dah lama betul MZ berhajatkan kanta lekap Aura Lens ni. Sejak ianya mul-mula viral suatu ketika dahulu lagi. Apakan daya, bila sudah berada didalam genggaman, terlepas jua. Betullah kata orang tua-tua, kalau sudah tiada jodoh, dalam kuali pun boleh terlepas keluar. Entah orang tua mana ntah yang MZ dengar pepatah ni.

MZ nak melayan duka lara sebentar, meratapi kehilangan Aura Lens. Hampa blogwalking lah dulu ya.. Till then ! See yaa....

You Might Also Like

29 comments

  1. Produk melibatkan mata memang kena pilih yang betul betul selamat. Mata ni tiada ganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... kenalah jaga sebaiknya... cuci pun kena bersih apabila menggunakan kanta lekap

      Delete
  2. Memang kena pilih betul2..mata aset penting...baguslah ada yang ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa... bab mata memang kena cerewet sikit kan..

      Delete
  3. Salam hujung minggu dari Ibu, Semoga keluarga sihat dan dilimpahi rahmat.

    Besar nikmat. Ibu dah lama tak pakai lens. Lebih selesa pakai cermin mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hujung minggu jugak Ibu.. aaaminn... samalah hendaknya dengan keluarga Ibu..

      Itu lah.. tapi kadang nak bergaya lebih, terpaksalah pakai lens nii

      Delete
  4. Mama singgah blog walking. Semoga sihat sis zafirah. Rajin pakai lens ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ mama datang singgah sini. Semoga mama dan keluarga pun sihat hendaknya.. aah.. rajin jugak kalau nak kemana-mana.. kalau bekerja, selesa menggunkan spek sahaja

      Delete
  5. alaa..nk tengok warna dia kat mata....kita tsejenis tak suka pkai lens n spec tapi sejenis perabun... ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang tanpa jejak.. tak panjang jodohh :(

      Delete
  6. Salam blog walking dari Maznee sis zafirah. Gegel punya cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sis Maznee.. thank you sudi singgah.. heee.. haah.. cerita untuk gegel

      Delete
  7. As salam. Abam Kie lebih selesa pakai kaca mata aje.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Abam Kie berkaca mata apa tu ? Rayban kah ?

      In shaa allah.. kalau ada kesempatan lagi, MZ join keh.. q for the invitation

      Delete
  8. Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis zafirah. Bercontact lens sudah lama Ibu tinggalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sihat.. semoga Ibu pun sihat hendaknya.. hujung minggu je selalunya menggunakan contact lens ni

      Delete
  9. Hiii iris singgah blogwalking.. Teringin nak pakai lens tapi x reti hihii😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh MZ ajarkan.. ala2 tutorial gittew.. memula memang rasa susah, tapi dah beberapa kali menggunakannya, dah okey laa

      Delete
  10. Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis zafirah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis zafirah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. baru perasan, lama betul MZ tinggalkan blog ni tanpa entri ye...

      Delete
  12. busyra tak pernah pakai lens. 1 ja sbb sbb takut. hahaha.

    ReplyDelete
  13. alahai sedihnya..dah la best sekali ilang pula..haaa beli baru la sis heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahhh... ghaib terus.. sayangnya la haiii

      Delete
  14. Ala baru nak tengok warna aiger brown tuh macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih... biarlah jasa jadi kenangan.. nanti MZ beli yang lain... :P

      Delete
  15. wawa tak pernah pakai contact lens, takutt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa.. dulu MZ takut jugak, tapi keinginan melebihi ketakutan.. hehehe

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah

Be my friend

Sponsored