MOVIE REVIEW : HUNTER KILLER, GET READY TO FIGHT BACK

2:15 PM


Assalamualaikum. Holla ~

Hunter Killer.

Bagi MZ, judul filem ini dah menggambarkan sesuatu yang thrill, dan ada aksi jugak. MZ bukan sejenis yang suka tengok preview filem sebab bagi MZ, nanti dah kurang thrill semasa menonton. Sebabnya, nanti MZ akan ternanti-nanti adegan yang dipaparkan dalam peview tu. MZ lebih sukakan adegan surprise, so masa menonton wayang, element suprises tu banyaklah.

Hunter Killer ni adalah filem thriller Amerika 2018 yang diadaptasikan daripada novel Firing Point 2012 oleh Don Keith dan George Wallace. Filem ini diarahkan oleh Donovan Marsh dan ditulis oleh Arne Schmidt serta Jamie Moss. Filem ini dibintangi oleh Gerard Butler, Gary Oldman, Michael Nyqvist, Common dan Toby Stephens.



Kebiasaan, medan pertempuran hanyalah didarat, namun bagi Hunter Killer, lautan (baca juga sebagai air) menjadi medan pertempurannya. Dengan teknologi dari kapal selam dari 2 negara yang memang terkenal dengan teknologinya, iaitu Amerika Syarikat dan Rusia, pastinya Hunter Killer menyajikan sesuatu yang menarik untuk hampa. Berdetup-detup (ehh.. ada ka perkataan ni) jantung MZ masa tu… dia punya nervous, tak tau nak habaq… tapi selalu calm down kan diri dengan mengatakan yang hero takkan mati..


Selain debaran dilautan, debaran didarat pun apa kurangnya. 4 orang wira yang ditugaskan untuk menyelamatkan Presiden Rusia, Zakarin (lakonan Alexander Diachenko) menempuh pelbagai onak dan ranjau. Mereka berempat telah dihantar oleh komando Bill Beaman dan terdiri daripada Tentera Laut SEAL.

Sumber : Google Image

Tapi, cerita omputih (Hunter Killer) ni tak sama dengan cerita Hindustan mahupun cerita Tamil dimana hero dan heroin pastinya tidak akan mati. Ehh ! Yaaa.. Hunter Killer ni tiada heroin ya, yang ada pun anak kapal Amerika Syarikat.. pelakon wanita boleh dibilang dengan jari.. anak kapal wanita, cuma seorang…

Filem ini berkisar tentang Kapten Joe Glass bersama anak-anak kapalnya yang membawa kapal selam Hunter Killer yang menjejaki kapal selam Amerika bernama Tampa Bay yang hilang dari radar di perairan Rusia. Laksamana John Fisk bertanggungjawab sebagai kapten kapal untuk mengemudi Hunter Killer dalam misi pencarian Tampa Bay.

Sumber : Google Image

Dalam misi pencarian itu, Kapten Joe Glass mendapati Kapal Selam Tampa Bay yang hilang itu sebenarnya telah diserang oleh torpedo pihak Rusia. Dia juga telah menjumpai kapal selam lain kepunyaan Rusia bernama Konek yang tenggelam serta rosak. Hasil siasatan kapal selam Konek disabotaj oleh “orang dalam”. Kapten Joe Glass juga mengarahkan anak kapalnya menyelamatkan mangsa yang masih hidup iaitu Kapten Sergei Andropov dan juga dua anak kapal.

Sumber : Google Image

Apakah reaksi anak kapal Hunter Killer ? Apakah tindakan yang dilakukan oleh  Kapten Joe Glass terhadap Kapten Sergei Andropov dan anak buahnya ? Berjayakah 4 wira daripada Tentera Laut SEAL menyelamatkan Presiden Zakarin ? Berjayakah Kapten Joe Glass menyelamatkan Hunter Killer bersama anak-anak buahnya ?

Yang tu hampa sendiri kena tengok. Banyak detik cemas yang mampu membuat denyutan jantung hampa laju bak Hussain Bolt. Filem aksi ni MZ kategorikan sebagai filem WAJIB tengok. Jadi, hampa takkan nak terlepas pulak menonton Hunter Killer ni.


You Might Also Like

6 comments

  1. Kalau filem aksi mesti best.. Kalau ada peluang nak gi tengok juga lah..

    ReplyDelete
  2. Ishhhh mcm menarik ja jln cita dia. .

    ReplyDelete
  3. Okay, mcm best. Nak kena allocate masa gi tengok ni. Thank review.



    ******


    BISNES SIDE INCOME JERUK CHERATING

    Nak bisnes yang simple? Tak perlu nak remeh-remeh? Produk mudah dijual, ngap-ngap makan!

    Bisnes rendah risiko, modal pun tak tinggi. Jadilah sebahagian dari keluarga bisnes Jeruk Cherating.

    Terdapat pelbagai jenis jeruk buah yang lazat untuk dinikmati antaranya jeruk kedondong, jeruk kelubi, jeruk salak, jeruk betik dan banyak lagi.

    STOKIS DAERAH & AGEN JUALAN SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN

    Info lengkap boleh hubungi wasap.my/601162003969 atau sila ke instagram @jerukcherating

    #JerukCherating

    ReplyDelete
  4. Okey baca review pun dapat bayangkan best ke x.. Nampak best ken tengok ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored