A DELICIOUS CHRISTMAS BUFFET FIESTA AT LEXIS SUITES PENANG

10:07 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Entri sembang gegurl menyusul kemudian hokey. Terlampau banyak yang MZ nak kongsikan ngan hampa. Tapi, kali ni MZ kongsikan pasal Christmas Buffet Fiesta di Lexis Suites Penang. Bersiap sedia untuk menelan air liur naaa...

Buffet ini bakal berlangsung di Roselle Coffee House dam Hibiscus Grand Ballroom, Lexis Suite Penang bersempena dengan kedatangan Christmas tidak lama lagi....

Cef eksekutif telah menyediakan hidangan yang bakal menambat selera hampa yang akan dihidangkan pada Christmas Eve Dinner di Hibiscus Grand Ballroom yang bermula pada jam 6.30 petang sehingga jam 1 pagi dan Christmas Day Buffet Lunch di Roselle Coffee House yang bermula pada jam 12 tengah hari sampai jam 3 petang.
Kesemua menu menarik ini akan dihidangkan di section yang berlainan seperti cold delicacies, cheese corner, soup, carving, seafood on ice, pasta, western delight, hot dishes dan desserts.




Mulakan hidangan dengan menu menarik dari hors d'oeuvres seperti Smoked Salmon Platter, Cherry Tomato, dan Mozzarella  dengan Balsamic Reduction dan Australia Potato Salad. Untuk salad pun ada menu menarik seperti Chicago Turkey Salad dan didatangkan dengan beberapa salad dressing yang akan membuatkan hampa terus tak boleh berhenti menikmatinya.


Untuk menyejukkan tekak, nikmatilah hot pumpkin golden soup bersama-sama dengan roti yang dibuat segar bersama dan butter. 

Untuk hidangan utama pulak, pelabagai menu klasik dihidangkan antaranya Poached Sea Bass dengan Fresh Drill dam Safron Butter Sauce, Deep Fried Cheese Ball, Baked Creamy Seafood Stew, Homemade Chicken Roulade bersama Creamy Pomegranate Sauce, Grilled Lamb Chop bersama Mints Jerry, Fragrant Prawns bersama Nutmeg Mayo Sauce, Mini Burgers dan Salami. Dan tidak dilupakan, Pan Fried Smoked Duck Breast untuk selera yang berlainan.





















Pemanis mulut yang tersedia jugak cukup hebat dan diantaranya ialah Chocolate Truffle Cake, Floating Island bersama Almonds dan Caramel, Lexis Style Bread Butter Pudding Chocolat Fountain, Honey Dew Sago dan perlbagai menu lain.




Tidak dilupakan menu wajib di Eastin Hotel setiap kali Christmas menjelang ialah, traditional authentic  roasted turkey dimana ianya akan dihidangkan oleh chef dan akan dihidangkan bersama dengan yorkshine pudding, roasted baby potato, chestnut dan apple stuffing,  dan cranberry, giblet, butter vegetable sauce.



Ice cream dan caramel sos ni adalah pencuci mulut paling peberet MZ


Dengan harga yang cukup berpatutan hanya RM120nett untuk dewasa dan RM70nett untuk kanak-kanak dan warga emas, hampa takkan mampu melepaskannya. Untuk Christmas Day Buffet Lunch pulak, cuma berharga RM88nett untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Nak tau tak.. pengunjung bertuah bakal memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik sewaktu Christmas Eve Buffet Dinner dan pada waktu yang sama akan dihiburkan ole persembahan secara langsung. Ohh ! Tidak dilupakan kepada Santa Claus dan Santarina yang akan turut memeriahkan keadaan. 

Pihal Lexis Hotel jugak turut akan meraikan ketibaan tahun baru 2019 pada 31 Disember 2018. Buffet dinner pulak akan berlangsung di Hibiscus Grand Ballroom dan kemudiannya terus ke Sky Terrace untuk acara countdown. 

Macam biasalah.. pengunjung bertuah bakal menerima cabutan bertuah yang menarik. Harga buffet dinner untuk tahun baru cuma berharga RM188nett untuk dewasa dan RM100nett untuk kanak-kanak dan warga emas.

Sebarang pertanyaan mahupun tempahan, silalah hubungi Lexis Suites Penang di 04-6282888 atau emailkan kepada reservations@lexissuitespenng. com . Jangan lupa untuk membuat tempahan awal, takut melepasss.....

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored