SEMBAN GEGURL .:. ALTHEA SKIN DETOXER GREEN TEA @ ROSE YANG SUPER BEST

9:15 PM

Assalamualaikum. Holla ~

Mood MZ masih lagi mood sembang gegurl. So, hari ni MZ nak kongsikan pulak new but not so new baby from Althea Korea. Yeahh ! Kalau sebelum ni entri pasal Milk Peel Cream Mask, yang mana kalau hampa tak baca lagi, boleh baca kat SINI, kali ni entri pasal product from Althea Korea lagi. Sebab produk Althea Korea bestlah, sebab tu MZ pahatkan kat sini, semoga orang lain pun dapat merasai manfaatnya jugak.

Produk yang MZ nak kongsikan pada hari ini ialah, Skin Detoxer, Green Tea dan Rose. Aum ! Kalau sebut 2 perisa ni, Green Tea dan Rose, mesti hampa dapat bayangkan bau keduanya. Segar ! Wangi ! Mmmm… Sedap je rasa… Sapa yang macam ni ? Kita geng… Normal lah manusia, kalau kita sebut tentang sesuatu perkara / hal, pasti otak dia akan terbang ke ‘sana’. Sama ada, bau, rasa, fizikal, tekstur dan sebagainya. Ehh ! Ke tak semua yang macam tu….. kalau dah terkenan dengan Skin Detoxer ni, jengah SINI okeh !




Kalau semua orang, tak macam tu, jadi hampa kena lah beli, rasai dan bau Green Tea dan Rose ni sendiri. Yaaa ! Memang kedua Green Tea dan Rose ni, bau dia sangat segar. Terasa seolah-olah berada di ladang teh sewaktu menggunakan Skin Detoxer Green Tea dan terasa seolah-olah berada di kebun bunga mawar sewaktu menggunakan Skin Detoxer Rose. Sedap !



Bagi MZ, peminat Green Tea dan Rose WAJIB mencuba kedua-dua skin detoxer ini. Selain baunya yang segar, ianya jugak mengandungi partikel-partikel Green Tea dan Rose itu sendiri yang membantu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Partikel-partikel ini akan bertindak secara lembut untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati tersebut.




Dengan penggunaan yang konsisten, percaya tak yang kulit hampa akan kelihatan glowing, sihat dan segar. Segala sel kulit mati, white head serta black head tidak hingin untuk hinggap diwajah hampa. Yang MZ perasan jugak, setiap kali selepas penggunaan, wajah MZ terasa lebih lembut, dan apabila bangun keesokkan harinya masih dalam keadaan lembut. Itu antara sebab kenapa MZ amat menggemari Skin Detoxer, Green Tea dan Rose.

Cara penggunaanya adalah mudah… pastikan muka hampa bebas dari sebarang solekan dulu hokey.. lepas tu, sapukan secara rata di permukaan kulit wajah hampa.. biarkan dalam masa 10 saat, basahkan permukaan tapak tangan dan hampa boleh terus menyental muka hampa.. upsss !! berhati-hati dengan kawasan sekelililng mata ya.. dikawasan tersebut tidak memerlukan excessive movement (sentalan). Air yang kat tangan hampa tu, bila bercampur dengan produk yang telah disapu diatas muka hampa akan menghasilkan buih seolah-olah pencuci muka.

Lepas dah berpuas hati dengan sentalan tersebut, hampa bolehlah membilas muka hampa dengan air suam. Tapi, kalau tak mau menggunakan air suam, gunakan air paip biasa pun boleh... dan, hampa rasai sendiri perbezaannya…. Mmm.. nyaman…. Syokkk.. lembut….. I’m lovin it….


Merelit hidung penangan Skin Detoxer Althea ni


Antara kelebihan lain Skin Detoxer Rose ni ialah ia akan menyingkirkan ‘roughness’ dan akan membuatkan kulit hampa glowing manakala Skin Detoxer Green tea pulak akan membuatkan hampa berasa tenang dan membersihkan kulit yang sensitif.

Dicadangkan untuk menggunakan Skin Detoxer Rose pada waktu pagi dan Skin Detoxer Green Tea pada waktu malam. Yelah kan.. pada waktu pagi, wajiblah kita nak nampak muka kita fresh dan pada waktu malam pulak kita nak muka kita dalam keadaan berehat setelah penat disiang hari.

Jangan tak tau pulak yang Rose yang digunakan adalah May Rose yang hanya berbunga hanya 5 minggu dan hanya tumbuh di Grease dan France. Ianya dikutip secara manual yakni melalui kaedah petik memetik supaya kesegarannya terus terjaga. Ianya dapat membantu untuk meneutralkan pH kulit 5x lebih baik daripada rose yang biasa ni tau.

Untuk Green Tea pulak, Althea telah menggunakan Jeju’s Green Tea membesar pada musim bunga yang membolehkannya harness the natural energy daripada pulau itu. Ia mengandungi 5x Vitamin C daripada lemon.


Oh yaaa.. khabarnya Produk Althea ni ada kolaborasi bersama dengan Korea’s Top TV program: Get It Beauty !. So, tunggu apa lagi… sila dapatkan Skin Detoxer, Green Tea dan Rose di laman sesawang Althea. Kalau amek pek kombo, lagi jimat berbaloi-baloiiiiii…. Sapa yang sudah merasai kenikmatan Skin Detoxer, Green Tea dan Rose, komenlah kat bawah supaya orang lain pun dapat bersama-sama kongsi kasih dengan Skin Detoxer, Green Tea dan Rose. :)


You Might Also Like

3 comments

  1. Bestkan detoxer ni. Nak restock la, kite punya dah nak habis

    ReplyDelete
  2. yang rose ni memang nak cuba. next year la kot tunggu yang sedia ada habis hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored