CARA MEMBUANG FAVORITE ACCOUNT DARI AKAUN MAKBANK2U

12:15 AM


Assalamualaikum. Holla ~

Lama MZ menyepi walaupun sentiasa pasang niat untuk kembali berkongsi cerita dekat sini, tapi acap kali MZ tewas. Alhamdulillah ! Hari ni ada kesempatan untuk MZ berkongsi sesuatu untuk MZ. Memandangkan suami kesayangan MZ, Mr.H melabuhkan tirainya lebih awal dan MZ tiada berteman dan MZ jugak telah menyiapkan kerja pejabat MZ, makanya MZ terus ke sini.

Nak menaip pun ada masalah lain sekarang ni. Nak duduk berlama-lamaan, sudah tidak mampu. Nak meniarap sambil menaip, apatah lagi. Semuanya membantutkan nia suci murni MZ ni. Tapi, MZ akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan entri ini.

Seperti yang hampa baca dekat tajuk diatas, hari ni MZ nak kongsikan macam mana untuk membuang akaun favourite hampa dari senarai Favorite. Ni untuk pengguna Maybank sahaja ya.. dan MZ menggunakan web unuk log in ke akaun Maybank2u. Sebabnya, MZ dah godek-godek aplikasi Maybank2u tu, tapi MZ tidak menjumpai cara yang bernas untuk membuang akaun favourite tersebut.

Boleh rujuk gambar untuk lebih pemahaman.


Log in ke akaun Maybank2u, lepas tu terus ke tap Transfer. Perhatikan ada ruangan My Favorite. Kenal pasti akaun yang hampa nak buang dari senarai Favorite hampa..



Sebagai contoh, MZ menggunakan nama pertama yang berada didalam senarai Favorite MZ. Perhatikan pada hujung nama pemegang akaun tersebut, ada 3 titik berkembar.



Klik 3 titik berkembar tersebut, kemudian satu dialog box akan terpapar. Pilihan yang ada ialah, Remove Favorite dan Edit Favorite. Jadi, klik Remove Favorite tersebut.



Paparan seperti berikut akan  muncul.. apa lagi… lelaju tekan Remove Favorite. Lega ! Nama pemegang akan tersebut tidak lagi muncul dalam senarai Favorite hampa…



Kadang-kadang kita tidak lagi berurusan dengan seseorang yang pernah jadi ‘bisnes partner’ kita dulu. Jadi, dari semakkan pandangan mata, remove adalah cara yang terbaik. So, silakan nyah dari pandangan mata ku… kui kui kui….   

Selamat mencuba !

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored