SEMBANG GEGURL .:. SIMPLE MAKE UP USING ALTHEA PRODUCTS

10:28 PM


Assalamualaikum. Holla ~

Great day to you girls ~ Entri untuk perempuan, sebab tu kata-kata aluan untuk girls. Ewah ~ Laki pun boleh aih kalau nak baca.. nak tambah pengetahuan supaya senang nak beli or hampa tau apa yang bini / marka hampa dok sembang tu..

Ni nak habaq mai.. MZ tak pernah tak in love dengan product Althea.. most of the product memang peberet MZ. Repeat berapa kali tak payah nak habaq lahhh.. suka punya pasal, sesuai punya pasai, memanjang repeat. Ahaks ! Rugi lah weh hampa tak mencuba product Althea.

Althea ni ada banyak jenis product tau dak, dari set penjagaan muka hinggalah ke alat solek. Antara alat solek yang dikeluarkan oleh Althea, macam ni lahh.. macam yang MZ nak story bagi kat hampa ni…


Product Althea ni bagi MZ, dah lah helok, murahh pulak tu.. ni senarai harga untuk product yang akan MZ ceritakan dalam entri kali ni..

1                1)  Eye Pallet Sunrise & Moonrise BCL x Althea – RM 14
                  2)  Flawless Creamy Concealer – RM 16
-          01 Vanilla
-          02 Ginger
-          03 Honey
-          04 Mocha
3               3) Watercolor Cream Tint – RM 20
-          01 Plum Cream
-          02 Strawberry Cream
-          03 Peach Cream
-          04 Maroon Cream
4              4) Spotlight Eye Glitter – RM 24
-          01 Gold Light
-          02 Pink Light
5               5) Skin Relief Spot Gel Film – RM 19

Adik ipar MZ ada buat video yang mana dia menggunakan semua product Althea dan dia memang in love sangat dengan Flawless Creamy Concealer. Katanya, Flawless Creamy Concealer ni memang conceal habis parut-parut yang ada. Oh yaaa.. dengan idea yang bijaksana, adik ipar MZ telah menggunakan Flawless Creamy Concealer sebagai foundation jugak. Dia telah mencampurkan Flawless Creamy Concealer code 02 Ginger dan 03 Honey dan warna tersebut memang sesuai sangat dengan dia. Kalau nak tengok video tersebut, silalah ke media social MZ.





See the difference between BEFORE and AFTER. Yaaa ! Parut yang jelas kelihatan sebelumnya, sudah menyamai warna kulit dan seakan-akan tidak perasan lagi. Acuh ! Seeing is believing.

Skin Relief Spot Gel Film tu pun menjadi kegemaran adik ipar MZ jugak. Jerawat yang tumbuh mekar Berjaya disembunyikan dengan adanya Skin Relief Spot Gel Film. Jerawat pun cepat je menyerah kalah apabila adik ipar MZ menyapu Skin Relief Spot Gel Film ke atas jerawatnya. Dia siap suruh MZ order kan untuk dia lagi. Katanya, nak buat stok. Ahaks !



Bagi MZ pulak, MZ memang in love sangat dengan Eye Pallet Sunrise & Moonrise BCL x Althea. Jangan tak tau, yang Eye Pallet Sunrise & Moonrise BCL x Althea ni adalah kolaborasi antara Bunga Citra Lestari (BCL) dengan Althea.



Eh ! hampa ni buat tak kenai pulak dengan BCL ni. BCL ni kan retis Indonesia yang cantik tu yang telah berkahwin dengan rakyat Malaysia yang jugak seorang retis. Siapa lagi kalau bukan si Ashraf Sinchlair tu… haaa.. kenai dah kan…

Eye shadow dia memang pigmented, senang nak blend dan nak cuci pun senang. Even berpeluh pun eye shadow MZ tetap maintain, tak comot pun hokey. Tu la antara sebab  kenapa MZ in love gilos dengan Eye Pallet Sunrise & Moonrise BCL x Althea ni. Harga pun sangatlah berpatutan.




Hakak payung lubang hidung tak pa kot


Eye shadow dan lip tint menggunakan code yang mana ? 
Siapa pandaiiii ?? Cer teka.. cer tekaaa

Watercolor Cream Tint pun menjadi kegemaran MZ. Mempunyai 4 code warna yang boleh digunakan mengikut mood hampa. Kalau rasa nak Nampak garang, Strawberry Cream boleh saja menjadi pilihan untuk hari tersebut. Antara yang best pasal Watercolor Cream Tint ni ialah, walaupun hampa makan makanan yang berminyak, Watercolor Cream Tint ni maintain ja stay dekat lips hampa. Gittew ! Tak payah nak touch up bagai.. Jimat lah !

Eye glitter pulak didatangkan dalam 2 code warna yang sangat soft. Senang saja untuk dipadankan dengan make up yang pelbagai. Tau yang mana peberet MZ ?? Sudah tentunya code 01 Gold Light. Sebabnya, warnanya yang lembut, cantik dan sangat senang untuk diaplikasikan. Benda senang, siapa tak sukakan. Ahaks !




So, girls ! kalau hampa berkenan dengan salah satu product yang MZ story kat atas, cecepat ke laman sesawang Althea, di my.althea.kr atau klik je lah SINI.

Till then ! See ya for the next sharing… take care kesayangan…

xoxo



You Might Also Like

2 comments

  1. flawless creamy concealer tu best gilaa btw i used honey shade :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa.... lovin it too.. memang best creamy concealer Althea

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored