101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN DI VISTANA HOTEL, PENANG

11:46 AM


Assalamualaikum. Holla ~

Dari satu hotel ke satu hotel yang lain. Kali ni kita ke Vistana Hotel di Bukit Jambul pulak.Dengan bertemakan 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan, hampa boleh nikmati juadah berbuka puasa turun temurun di sepanjang bulan Ramadhan yang bermula dari 6 Mei sehingga 3 Jun 2019.

Kalau hampa tempeh sekarang sehingga 10 Mei, hampa akan dapat harga istimewaw dari RM75nett untuk dewasa dan RM30nett untuk kanak-kanak (4-12 tahun).

Tok Wan menjanjikan pelbagai menu menarik antaranya aneka kerabu, ulam-ulaman serta aneka jenis sambal seperti sambal belacan, cencaluk, tempoyak, budu dan sambal nenas. Ada jugak sup kambing yang memang menjadi pujaan hati ramai para pengunjung di Hotel Vistana ni.


Antara menu utama Tok Wan ialah Ayam Masak Merah Anak Mami, Ayam Goreng Ala Mamak Style, Masak Lemak Daging Serai, Ikan Pari Bakar ala Portugis, Gulai Daging Kawah, Sambal Sotong Maharani, Paru Goreng Berlada dan Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi.





















Tidak dilupakan menu wajib cuba di Hotel Vistana Penang iaitu Kambing Panggang, Satay, Asam Laksa dan Koay Teow Goreng.

Sebagai pencuci mulut pulak banyak menu kuih tradisional Melayu disediakan antaranya kuih talam keladi, onde-onde, kuih bingka ubi, cucur badak dan kuih seri muka. Ais krim Malaysia jugak turut disediakan. Yummeh !














Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan sila ke www.vistanahotels.com atau hubungi Vistana Penang Bukit Jambul di 046468000 atau WhatsApp ke 0186880010.

You Might Also Like

3 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored