PRODUK TERBARU DARI DUTCH LADY, DUTCH LADY +PROTIEN

10:01 AM


Assalamualaikum. Holla ~

Kalau hampa perasan, Dutch Lady telah mengeluarkan 1 produk terbarunya yakni Dutch Lady +Protien. Perasan tak ? Iklan dia selalu jugak dok ‘main’ kat TV. Ka hampa sejenis yang tak tengok TV, atau, sejenis yang bila iklan saja, terus tukaq siaran ? Ahaks ! Okey ! MZ megaku, MZ pun suka tukar siaran bila mana iklan mula memunculkan wajah. Tapi, kadang dating malasnya jugak, jadi MZ biarkan saja iklan bermain di kaca TV.

Memandangkan badan MZ sangat memerlukan kalsium, jadi MZ sentiasa akan membeli susu untuk diminum secara harian. Bisanya, MZ akan minum 2 kali sehari, pagi (sebelum ke kerja) dan petang atau malam. Semoga bdan MZ dapat menyerap segala kalsium yang ada dan dapat mengekalkan kesihatan tulang MZ.

Biasanya MZ akan membeli susu dari jenama Dutch Lady, tapi ada kalanya MZ membeli jugak susu dari jenama lain. Dan biasanya MZ membeli susu Full Cream dari Dutch Lady. Dulu, bebajet nak kurus, MZ selalu membeli Dutch Lady dengan perisa Rendah Lemak. Pada mulanya, ianya memang tak sesedap susu Full Cream, tapi makin lama, makin serasi pulak susu Rendah Lemak ni dengan MZ. Since that, MZ memang beli susu Rendah Lemak je sebagai susu kotak pilihan.


Tapi, recently MZ membeli  kotak susu Rendah Lemak Dutch Lady, dan segalanya berubah. Susu Rendah Lemak tidak lagi sesedap dulu ditekak MZ. Mungkin sebab MZ dah lama tidak megambil susu Rendah Lemak itu sebagai menu harian MZ, atau memang tekak MZ yang agak memilih ketika ini. Pada MZ, keenam-enam susu Rendah Lemak tersebut tidak digemari oleh tekak MZ. So, no more susu Rendah Lemak for me after this.

Akan terpandangkan susu baru Dutch Lady tersebut, MZ terus rasa ingin mencuba… maka, belilah di pasaraya berhampiran. Harga sekotak 250ml lebih kurang RM6.50. Yelah, dengan tambahan protein, harga pun mesti bertambah jugak sedikit kan. Ahaks !


Dutch Lady +Protien ni konsep packaging dia sama dengan konsep packaging susu Dutch Lady yang lain dimana, penutupnya mempunyai kepingan aluminium. Jadi, untuk pertama kali hampa membuka penutupnya, kepingan aluminium tersebut jugak akan terbukak. Senang kan ?



Setelah berjaya menghabiskan sekotak Dutch Lady +Protien ni, apa yang MZ rasa ialah… Dutch Lady +Protien rasa seperti susu Ducth Lady Fresh Milk tapi.. tapi.. tapi.. ada sedikit penambahan rasa yang MZ tak dapat nak ungkapkan. Tidak sesedap sus Full Cream, tapi masih boleh diterima oleh tekak.

Dengan tambahan protein, susu ni agak mengenyangkan bagi MZ. Kalau hampa, yang kekurangan protein, suka minum susu, atau memang hampa wajib kena minum susu dan hampa peminat susu segar, lepas ni bolehlah consider Dutch Lady +Protien sebagai salah satu menu diet harian hampa. Susu kan baik untuk tulang, bahkan Dutch Lady +Protien ni mengandungi lebih protein. Badan kita memerlukan protein dan kalsium yang semuanya terkandung didalam Dutch Lady +Protien.

Apa lagi, grab your now ! kalau sedap, boleh repeat angkut masuk peti ais hampa.. hikss




You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored