SELERA NUSANTARA RAMADAN BUFET DI OLIVE TREE HOTEL

10:25 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Entri bersambung, kali ni kita pi Olive Tree Hotel yang terletak di Jalan Mahsuri, Bayan Lepas. Design and concept Olive Tree Hotel ni sangat menarik tau. Kalau hampa nak stay kat Penang untuk bercuti atau urusan kerja, hampa boleh consider Olive Tree Hotel ni sebagai salah satu daripada tempat penginapan hampa.

Okeh ! Back to the main story… kali ni MZ nak bawak hampa pi ke Olive Tree Hotel bersempena dengan Selera Nusantara Ramadan Buffet, yang akan bermula pada 13 May sehinggalah 31 May 2019 dari jam 7 sehinggalah 10 malam. Dengan RM99 untuk dewasa dan PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun, Olive Tree Hotel sudah tentunya menjanjikan juadah berbuka puasa yang sangat menyelerakan.

Ehhh ! Lupa pulak nak mention, kalau hampa beli voucher sekarang sehingga 30 April 2019, hampa akan dapat promo tau, yakni voucher tersebut hanya bernilai RM79 untuk dewasa dan sekiranya hampa beli voucher tersebut dari 1 May sehingga 12 May 2019, voucher tersebut hanya bernilai RM89 untuk dewasa. Takkan tak mau pulak dah orang nak bagi harga promo kan kan kan… hubungi nombor 04-6377856 atau emailkan saja ke restaurant.mgr@olivetreehotel.com.my untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.



Pelbagai juadah menarik yang disediakan oleh pihak Olive Tree Hotel antaranya Ayam Percik, Gulai Daging Batang Pisang, Ketam Masak Lemak Cili Api, Ayam Kalio, Dim Sum, Baked Macaroni Cheese serta menu menarik yang lain.











Ada jugak sesi live cooking station macam Char Koay Teow Ketam, Ikan Bakar dengan Air Asam, Roti John dan Thai Pattaya Kebab. Ada jugak menu seperti Kambing Bakar yang dipadankan dengan Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Sup Tulang, Satay Ayam dan Daging jugak menu dari Middle Eastern Sharwama Ayam.










Ada jugak menu untuk kanak-kanak iaitu Hawaiian Pizza dan Ayam Pandan. Tak cukup rasanya jika tiada menu pemanis mulut kan. Antara menu pemanis mulut yang ada ialah, Abok Abok Sago, Lompang, Kuih Keria Kuih dan Buah Melaka Kuih Sago, ada jugak French pastries, Puding Roti & Butter, Cream Caramel dan buah-buahan yang segar.







Jangan risau kerana surau disediakan di tingkat 8 untuk kemudahan para musollah. Dan…. Ada ni jugak untuk hampa….

Ramadan Room Deal – MYR270+ per room per night inclusive of :

• Sahur (available from 12midnight to 5:00 for room service) OR Breakfast at Sukkah for 2 persons
• 20% discount on Ramadan Buffet Dinner
• Free Ramadan Buffet Dinner for children below 12 years old (T&C applies)
• Complimentary 2-way scheduled shuttle service to IKEA Penang, Queensbay Mall, Gurney Plaza
and Penang International Airport.
• 10% discount on massage services at Thai Oasis Family Wellness Centre at Elit Avenue

So, booking sekarang sehingga 4 June 2019 dan boleh menginap dari 6 May 2019 – 4 June 2019. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.olivetreehotel.com.my

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored