MNR JOURNEY PART 2 - MENGANDUNG WAKTU BERPUASA

3:29 PM

Assalamualaikum. Holla ~


Entri MNR bersambung ye.. tahun lepas, mengikut tahun Islam, MZ tengah mengandung dengan usia kandungan 7 bulan. First day berpuasa, confirm excited.. ye lah.. pengalaman pertama kan berpuasa dan mengandung.. Mz ada join group Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) dekat FB. Baca pengalaman orang sepanjang berpuasa.. ada yang mampu berpuasa, dan ada yang tidak.. so, MZ pun bertekad untuk mencuba.. tak salahkan mencuba..

Hari pertama, MZ dan Rifqi berjaya puasa.. tak banyak kerenah.. Alhamdulillahhh.. so, nak terus carry on untuk day 2.. 

Day 2, biasanya pagi dalam 8.30 ke pukul 9 pagi, Rifqi akan bergerak-gerak mengikut rentak hatinya. Pagi tu, dia tak gerak. Penat MZ telek, samapi pukul 11 pagi, dia gerak sangat slow... MZ rasa tak sedap hati.. kan misi pesan, kalau baby kurang gerak atau gerak perlahan, terus ke hospital.

Ada kawan-kawan kat tempat kerja, suruh MZ bukak puasa. Tapi, perasaan sayang nak tinggal pusa tu.. allahu... Allah je yang tahu.. sayang anak.. sayang nak tinggal puasa.. semuanya berbelah bahagi.. MZ settle keja sikit, lepas tu MZ cakap dekat HOD yang MZ nak ke hospital. Baby gerak perlahan.. HOD tanya MZ, “you okey ka.. nak pergi hospital dengan siapa.. siapa teman.. nak orang hantar ka?” Terus MZ rasa terharu.. berlinang air mata... MZ cakap, MZ okey.. boleh drive.. boleh pi sorang.. so, HOD pun cakap okey..

MZ terus shoot ke Hospital Seberang Jaya.. sampai kat situ, terus naik wad 9... and dia suruh salin baju serta kain.. first time lah merasa pakai baju pink tu.. misi check BP, dan check jantung anak... BP confirm lah high sebab tengah gundah gulana kan... bila check jantung baby, okey.. so, misi suruh tunggu kat bilik sebelah.. masuk je bilik sebelah yang bertutup, ada ramai orang.. macam biasalah.. ada yang menunggu katil.. ada yang MZ tidak tahu ceritanya.. 

Datang seorang doctor, interview untuk history dan apa yang berlaku.. tak lama kemudian, doctor panggil untuk check di bilik sebelah.. bukan bilik yang tadi tu keh.. masuk ja, dia teruc scan untuk check jantung baby.. jantung baby, okey.. dan conversation seperti berikut:

Dr: Awak puasa ke hari ni ?
MZ : Ye.. saya puasa...
Dr: Kalau tak tahan, bukak ja puasa.. tak pa.. kenapa tak berbuka ?
MZ: Sayang... dah pukul brapa ni... (dah petang... pukul 4 lebih dah)
Dr : Tak pa.. boleh ganti nanti.. ikut ketahanan badan.. ada yang puasa selamg seli.. ada yang tak puasa.. awak try yang mana okey, awak buat keh..
MZ: Baik Dr..

Habis...

Masuk balik bilik menunggu tadi, dan kebetulan misi datang tolak makanan petang.. MZ pandamg sunyi.. *degil nau.. sayang betul kat puasa kan...*

Kemudian, misi datang, dia tanya, awak kena “check in”.. datang ngan sapa... since MZ datang sendiri, misi mintak IC untuk register.. baru MZ tau, kalau kes baby kurang gerak, memang akan kena check in dan derang akan monitor jantung baby everr 4 hours.. sadis !

“Check in” lah MZ kat dalam ward.. lagi sedih, sebab parent MZ masa ni tengah menunaikan umrah.. Mr.H pulak keja petang.. dah la MZ puasa.. MZ sampai kat ward je dah pukul 6 lebih dan of cause lah patient yang lain dah makan.. MZ dengan sehelai sepinggang, botol air apa pun tak de.. nasib lah ada misi datang, dia tanya, awak puasa ka.. MZ cakap, haah.. dia ke pantri dan bawakkan air Milo dan kuih bengkang roti... nangis..

Bukak puasa, makan tu je.. MZ tak sampai hati nak suruh Mr.H datang time tu jugak... yelahh.. dia dah lah keja belah pulau, nanti nak datang bawakkan makanan dan barang lelain, kemudian nak patah balik ke tempat kerja.. bahaya ooo dok main kot jalan... so, MZ redha je lah tunggu Mr.H balik pukul 11 dan tapaukan nasik bungkus dan barang-barang lain...

Alhamdulillah... patient dalam tu memang baik.. ada sorang tu, dia bagi MZ air mineral 1.5L dengan roti 2 bungkus.. MZ malu alah benornye nak amek.. tapi, beria dia suruh amek.. katanya, dia banyak lagi stok.. MZ pun amek lah.. oh yaa.. kalau kat Hospital Seberang Jaya, kena bawak sendiri cutleries, cawan, botol air, termos, tuala... since MZ first time, and shoot dari kilang, semua tu MZ tadak.. nasib patient tu bagi air, dapatlah menghilangkan rasa dahaga...

Mr.H sampai hampir jam 12... kesian dia.. penat... tu pun, MZ tak dapat jumpa dia.. misi yang bawakkan.. Mr.H boleh hantar sampai kat guard saje ye.. mesti hampa ter tanya-tanya.. awat MZ tak beli sendiri, makanan kan... kat sini, kalau dah masuk ward 9 dan 10 (wad untuk ibu dan bakal ibu) hampa dah tak boleh kluaq dah... makanya, sebab tu MZ tak boleh beli barang keperluan, apatah lagi makanan yang sedap-sedap.. takkan nak suruh misi kan.. dia pun on duty..

Time MZ makan tu, mostly patient lain dah tidur.. wad tadak TV hokey.. hadap fon atau kawan katil sebelah ja.. rasa bersalah jugak nak makan, sebab takut tidur orang lain terganggu... sesuap MZ makan, pandang kiri kanan.. tengok patient lain, okey ja.. MZ carry on makan lelaju...

Panjang nau cerita... dah la tadak gambar kan.. nanti MZ share gambar sebagai kenangan.. tapi, gambar apa ja yang ada.. selfie ? Memang tak laaa... maybe gambar buku merah time warded je lah kot... 😁

And... dalam next entri, MZ sambung lagi sambungan dia naa... panjang dah ni.. mesti hampa bosan kan.. MZ share cerita ni supaya nanti, bila Noah dah besar, boleh dia recap balik pengalaman mommy dia sepanjang mengandungkan dia.. dan dari situ, jangan berani nak menyakitkan hati mommy... mommy dah bersusah payah, berlinang air mata bagai masa mengandungkan Noah.. ecehhh... hahahaha...

Till next entri. 😘

You Might Also Like

2 comments

  1. Om pun risau nak puasa penuh sebab syg dkt baby. Apa jadi nanti menyesal tak sudah sebab degil dgn diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Wahh, sama. Kita pun pernah pusa time hamil. Kita puasa ok je, kawan2 pula paksa suruh berbuka. Hasilnya 13 hari jugalah tk puasa time pregnant.

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored